Skip to content

Taubatlah, Rahma!

02/06/2010
Front Pembela Islam (FPI) merancang mendatangi kediaman artis Rahma Azhari, 28 tahun, berkaitan dengan adegan yang dilakoninya dalam film ‘Rayuan Arwah Penasaran’.Ketua DPD FPI DKI Jakarta Habib Salim Alatas mengatakan, organisasinya menerima laporan dari masyarakat mengenai trailer filem Rahma yang beredar di internet mengandung unsur pornografi.

“Masyarakat resah dengan adegan ciuman di ranjang dalam filem itu,” ujar Habib ditemui di Tebet, Senin kemarin.

Maksud FPI mendatangi kediaman adik Ayu Azhari hanya untuk memintanya bertaubat. “Cari duit kan tidak harus buka aurat,” ujarnya.

Rumah produksi yang membuat filem tersebut juga diminta FPI untuk bertaubat dengan tidak lagi menampilkan adegan yang mengandung unsur pornografi.

Habib Salim hairan dan menyayangkan perilaku Rahma mahu melakoni adegan ciuman di ranjang yang bukan muhrimnya. Belum lagi dengan setiap kesempatan main filem dia kerap membuka aurat.

“Kenapa dia mau buka aurat seperti Jupe. Taubat lah,” katanya mengingatkan.

From → Uncategorized

Comments are closed.

%d bloggers like this: