Skip to content

Serangan Israel: Rakyat protes

01/06/2010
Rakyat Malaysia daripada pelbagai sektor hari ini bersatu untuk menyatakan keberangan mereka terhadap tindakan rejim Israel yang menyerang flotila keamanan yang membawa bantuan kemanusian ke Gaza, awal pagi semalam.

Berhimpun di luar Kedutaan Amerika Syarikat, kira-kira 500 NGO Melayu membakar gambar Presiden Israel, Benjamin Netanyahu sebelum menyerahkan memorandum kepada perwakilan kedutaan itu.

Pada serangan ke atas kapal Mavi Marmara yang turut membawa 12 rakyat Malaysia itu, sekurang-kurangnya 20 aktivitis pro Palestin dibunuh manakala puluhan lagi cedera.

Kapal itu dan penumpangnya yang ditawan itu kemudiannya dibawa ke Haifa untuk dipenjarakan.

Di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Jalan Dungun, Kuala Lumpur, lebih 50 ahli Pemuda Barisan Nasional membawa sepanduk menyatakan kemarahan mereka.

Mereka juga memijak sebelum membakar bendera Israel sebelum menyerahkan memorandum yang mengecam tindakan Yahudi itu kepada penyelaras PBB di Malaysia, Kamal Malholtra.

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin yang menyerahkan memonrandum dua muka surat itu berkata PBB perlu melaksanakan sekatan perdagangan terhadap Israel kerana sering-kali mencabuli undang-undang antarabangsa.

Kami menggesa ahli-ahli Majlis Keselamatan, – Amerika Syarikat, United Kingdom, Rusia, China dan Perancis tidak menggunakan kuasa veto mereka untuk menghalang sebarang tindakan yang bakal diambil ke atas Israel,” katanya kepada wartawan.

Khairy juga menggesa Amerika Syarikat agar tidak bersekongkol dengan Israel kerana “dunia telah menyaksikan kekejaman mereka menyerang tanpa sebarang sebab di perairan antarabangsa”.

ehsan Malaysiakini

From → Uncategorized

Comments are closed.