Skip to content

Ibrahimovic sertai liga Inggeris

01/06/2010

Agen penyerang Barcelona, Zlatan Ibrahimovic, Mino Raiola, mengatakan, tidak tertutup kemungkinan penyerang itu menyertai liga perdana Inggeris. Hal ini membuat Manchester City dan Chelsea pasang  impian  penawaran kepada Barcelona.
Ibra menyertai  Barcelona dari Inter Milan pada akhir musim lalu. Untuk mendapatkannya, Barcelona memberikan paket wang dan Samuel Eto’o. Nilainya mencapai 60 juta pound sterling.
Sayangnya, nilai besar itu tidak seimbang dengan konsistensi dan persembahan kurang memuaskan. Sepanjang 2009-2010, Ibra menjaring 21 gol dari 44 penampilan.
Menurut media-media Sepanyol, Barcelona menunjukkan ketidakpuasannya terhadap Ibra dengan mengambil penyerang David Villa dari Valencia baru-baru ini.
Villa punya potensi beraksi lebih baik  dari Ibra. Pasalnya, sejumlah pemain kunci  Barcelona, misalnya Xavi Hernandez dan Andres Iniesta, merupakan rakan dalam pasukan kebangsaan  Sepanyol.
Dengan begitu, kehadiran Villa jelas merupakan ancaman bagi Ibrahimovic. Menurut media-media Sepanyol, Raiola bahkan sudah meminta Barcelona melepaskan Ibra.
“Ibrahimovic tak pernah berfikir bahwa Barca akan menjadi kelab terakhirnya. Ia seperti (jurulatih Real Madrid, Jose) Mourinho dan bila anda boleh memenangi segalanya bersama Barca, anda memerlukan tentantang baru (di kelab lain),” kata Raiola.
“Bola sepak Inggeris mungkin masuk hitungan kerana itu merupakan ujian besar (buat Ibra). Segalanya bergantung kepada (Barcelona),” ujarnya.
Seandainya Barcelona setuju melepaskan Ibra, kelab mana pun yang menginginkannya harus menyiapkan anggaran minima 46 juta euro. (DM)

From → Uncategorized

Comments are closed.

%d bloggers like this: