Skip to content

Britain ingin ambil peranan utama kewangan syariah

01/06/2010

Britain bersedia menjadi peranan utama di sektor kewangan syariah. Tekad tersebut disampaikan oleh salah satu keluarga kerajaan Britain, Putera Andrew, ketika berkunjung ke Malaysia.
”Britain telah menjadi pusat kewangan syariah terbesar di dunia Barat dan menjadi yang kelapan di seluruh dunia,” kata Duta Khusus Urusan Perdagangan dan pelaburan antarabangsa Britain seperti dilaporkan Khaleej Timesa.
Pada Mac lalu Britain membentuk Sekretariat Kewangan Syariah (IFS) di London. Badan tersebut bertujuan untuk mempromosikan dan mengelola pengembangan kewangan syariah di Britain. Ia menambah, IFS akan berusaha membangun 22 bank Islam yang beroperasi di London.
Selain itu, sekurang-kurangnya 20 sukuk telah diterbitkan dan masuk ke London Stock Exchange dengan jumlah dana sebesar 11bilion dolar AS. Sementara sekitar 20 firma undang-undang di London pun turut serta menyediakan khimat berkaitan  kewangan syariah. Putera Andrew menjelaskan, dua bank Britain terkemuka, iaitu HSBC dan Standard Chartered, juga telah beroperasi di Malaysia.
Dengan demikian, lanjutnya, dua bank tersebut memiliki akses langsung ke salah satu pasaran terkemuka di dunia kewangan Islam. Potensi pasaran kewangan syariah sangat besar.
Menurut Standard & Poor’s Services, aset kewangan syariah mencapai 400 juta dolar AS pada 2009. Jumlah tersebut cukup signifikan bagi tahun yang sukar bagi ekonomi global.
”Dengan keadaan ekonomi yang terus membaik harus ada ruang untuk pertumbuhan be di masa depan,” ujar Putera Andrew.

From → Uncategorized

Comments are closed.

%d bloggers like this: