Skip to content

Kongres PKR 27 hingga 30 Mei

26/05/2010

Apa yang anda jangkakan dari kongres PKR di Kota Baru, hujung minggu ini? Isu utama ialah membincangkan isu wakil rakyatnya yang lompat parti.

Anwar Ibrahim dijangka akan menyentuh isu ini secara panjang lebar dalam ucapan perasmiannya. Perwakilan akan membincangkannya dalam ucapan perbahasan.

Memang imej PKR tercalar teruk dengan isu lompat parti ini. Ia menjadi bahan bualan dan sindiran di kalangan parti lain.

Seorang perwakilan dari Melaka berkata, orang ramai khususnya penyokong PKR mula merasa bimbang dengan masa depan parti itu.

“Lebih menakutkan kalau Anwar masuk penjara nanti. Siapa yang boleh kawal kerenah pemimpinnya?

“PKR menjadi parti yang tidak selamat. Kita bimbang akan berkubur selepas ini kerana banyak sangat masalah,” katanya.

Perwakilan Terengganu pula lebih bimbangkan lebih ramai pemimpin PKR lompat parti jika Anwar masuk penjara.

Katanya, ketika itu mereka semakin tidak yakin dengan kepimpinan PKR dan mengambil keputusan tinggalkan parti itu.

From → Politik

Comments are closed.

%d bloggers like this: