Skip to content

Judi bola, PAS serah memo kepada majlis Raja-raja

24/05/2010

PAS hari ini secara rasmi membantah pengeluaran lesen judi sempena bola sepak piala dunia yang akan bermula, 11 Jun ini.

Naib presiden parti Islam itu, Mahfuz Omar menyerahkan kepada bantahan kepada istana negara hari ini.

Bersamanya adalah sekumpulan ahli parlimen lain parti pembangkang itu.

 

“Kami (Ahli Parlimen PAS) berkeyakinan bahawa Majlis Raja-Raja Melayu mengambil tindakan yang wajar mempengaruhi kerajaan supaya isu pemberian lesen judi ini dibatalkan segera,” jelas beliau tengah hari tadi, mewakili Ahli Parlimen PAS.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Majlis Raja-Raja Melayu pada era 1960-an dahulu pernah menunjukkan teladan kepada rakyat dengan mendesak kerajaan Umno BN membatalkan loteri kebajikan.

“Kelab bolasepak dan pemain mereka menjadi idola remaja, jadi kita bimbang tindakan kerajaan itu akan membawa padah kepada golongan muda,” katanya.

Lesen judi bola sepak piala dunia merupakan idean timbalan menteri kewangan, Awang Adek Hussein.

Ia dilaporkan diberikan kepada syarikat Berjaya – yang mengendalikan sport toto.

From → Politik

Comments are closed.

%d bloggers like this: