Skip to content

Real Madrid pecat jurulatih Manuel Pellegrini?

20/05/2010
Jurulatih Manuel Pellegrini dikhabarkan menyalami seluruh pemainnya, seraya mengucapkan salam perpisahan. Akhbar AS melaporkan, jurulatih Real Madrid itu akan berbincang dengan pengurusan “Los Blancos” minggu ini, sebelum pembayaran pampasan pemecatan selesai.

Mengutip sejumlah sumber di Santiago Bernabeu, akhbar itu melaporkan, selesai latihan, Pellegrini bertemu dengan pengurus umum Jorge Valdano dan pengarah sukan Miguel Pardeza. Ketiganya berbicara selama 15 minit.

Valdano yang berbincang secara langsung kepada Pellegrini. Pengurusan Madrid dikhabarkan tidak akan memberi tempat lagi bagi mantan pemain Villarreal ini.

Pellegrini pun tidak terkejut mendengar khabar pemecatan dirinya itu. Dia juga tidak menyesal hanya satu musim bersama Madrid, dan tidak memberikan sebarang kejuaraan apa pun. Pellegrini pun mengucapkan “adios” atau selamat tinggal kepada Madrid.

Kerana masih mempunyai kontrak satu tahun, Madrid harus memberi pampasan atas pemecatan Pellegrini. Dikhabarkan, dia akan mendapat 4 juta euro.

Selain AS, berbagai harian di Sepanyol juga menulis jika Pellegrini sudah ditendang. “Selamat tinggal Pellegrini, “Mou” (Jose Mourinho) menuju Madrid,” bunyi headline El Mundo. “Pellegrini tinggal menunggu waktu,” tulis El Pais.

Madrid memang kecewa dengan Pellegrini. Wang 250 juta euro yang digunakan untuk membeli para pemain bintang musim ini, tidak menghasilkan apa-apa.

Kini, Madrid dikhabarkan tengah mengejar jurulatih Inter Milan Jose Mourinho. Spekulasi yang beredar, pelatih Portugal ini akan segera menandatangani kontrak dengan Madrid setelah pertandingan final Liga Champions antara Inter melawan Bayern Muenchen, 22 Mei ini.

Mourinho dikhabarkan tidak bahagia dengan kehidupannya di Itali. “Setelah final, ada waktu untuk peribadi saya, dua atau tiga hari setelah itu, saya akan menentukan langkah yang paling membahagiakan saya,” kata jurulatih berusia 47 tahun ini.

Menurut AS dan El Mundo, Mourinho dan Madrid telah melakukan perbincangan. Madrid harus mengeluarkan banyak wang. Selain 4 juta euro untuk Pellegrini, kelab kaya raya itu harus membayar 8 juta euro miliar kepada Inter, kerana Mourinho masih mempunyai kontrak dua tahun lagi bersama kelab Itali ini.

From → Sukan

Comments are closed.

%d bloggers like this: