Skip to content

Kretek sukar ditemui

20/05/2010

Rokok kretek jenama dji samsoei sukar sekali untuk dibeli di sekitar Chow Kit dan Kampung Baru. Kejadian berlaku sejak beberapa minggu lalu.

“Tidak ada. Tidak jual,” kata seorang peniaga keturunan Indonesia di Chowkit. Seorang lagi pekedai di depan UO Jalan Tuanku Abdul Rahman juga memberikan jawaban sama.

Bagaimanapun, peniaga tidak mahu menjawab mengapa bekalan rokok tiada. Bagaimanapun, ada kedai yang terus menjual rokok tersebut.

Tetapi secara diam-diam mereka memberikan jawaban begi: “Kastam selalu datang periksa.”

Selalu juga kelihatan, van kastam di Jalan Raja Alang ditinggalkan beberapa jam. Barangkali hendak menakutkan penjual rokok berkenaan

From → Uncategorized

Comments are closed.

%d bloggers like this: