Skip to content

Dr Khir: Sindiket curi pasir dilindungi pemimpin politik Pakatan Rakyat

17/05/2010

Kumpulan pencuri pasir yang dilaporkan berleluasa di Selangor dilindungi oleh pihak tertentu dari parti politik Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Selangor, kata bekas Menteri Besar, Datuk Ser Dr Mohd Khir Toyo. Beliau berkata, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim walaupun mengetahui kegiatan tersebut tidak mengambil tindakan kerana kepentingan politiknya.
“Gang atau sindiket ini berleluasa kerana ada exco kerajaan negeri Selangor yang rapat dengan mereka.
“Perkara ini bukan baru, sudah berlaku lebih setahun lalu. Saya sendiri sudah menimbulkan isu ini dalam sidang dewan undangan negeri Selangor (DUN) beberapa kali.
“Jawaban yang diberikan oleh menteri besar atau exco ialah kerajaan negeri sedang menyiasat dan pihak terbabit sudah dikenakan kompaun.
“Jumlah kawasan yang dikorek adalah antara beratus ekar hingga beribu ekar pada satu daerah. Saya diberitahu sebahagian pasir dihantar ke negeri lain dan yang lain untuk kegunaan di negeri Selangor,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam menimbulkan isu itu baru-baru ini dan membuat laporan polis kerana mendakwa syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) terbabit dengan kegiatan tersebut.
Bagaimanapun, syarikat berkenaan menafikan dakwaan itu dan merancang mengheret ahli parlimen tersebut ke mahkamah kerana membuat fitnah.

From → Politik

Comments are closed.

%d bloggers like this: