Skip to content

“Tegurlah pemimpin kita,” kata Dr Mahathir

15/05/2010

Dr Mahathir Mohamad berkata, pemimpin yang buat salah mestilah ditegur supaya kesalahan itu tidak duteruskan.

“Kalau tidak tegur mereka anggap semua perbuatan dan tindakannya betul belaka. Yang akan rugi kita sendiri.

“Jangan kata betul, betul. Kepala kita angguk sahaja,” katanya di Kuala Lumpur.

Mantan perdana itu berkata, kini tidak ada langsung teguran kepada pemim;pin Negara, apa meraka buat disokong semua.

Menurutnya, pemimpin yang sesat akan menyebabkan rakyatnya juga menjadi sesat.

“Tugas kita tegur kerana kita sayang pemimpin kita. Kalau mereka buat yang merugikan kita kena tegur.

“Sayang anak ditangan-tangankan. Sayang isteri diti8ngal-tinggalkan. Sayang pemimpin kena lah tegur,” katanya disambut tepukan orang ramai yang hadir konvensyen usahawan Melayu di Kuala Lumpur.

From → Politik

Comments are closed.

%d bloggers like this: