Skip to content

“Jangan jaga tepi kain orang,” tempelak ahli parlimen Kapar

12/05/2010
mike

S Manikavasagam menempelak beberapa pemimpin pakatan rakyat yang menurutnya suka menjaga tepi kain orang lain dari menjaga pengundi dan kawasan sendiri.
Ahli parlimen Kapar itu menamakan ahli parlimen PKR Padang Serai, N Gobalakrishnan dan Adun DAP Sekinchan, Ng Sue Lim sebagai cuba menganggunya tugasnya sebagai ahli parlimen.
Dan menurutnya, “saya tidak mahu pemimpin Ng dan Gobalalakrishnan dalam parti.”
“Gobalakrishnan menelefon saya menyuruh saya meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Kapar ekoran pendedahan rasuah dalam syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd.
“Tetapi saya ingin menegaskan saya tidak akan letak jawatan. Jawatan ini bukan dipilih olehnya tetapi saya dipilih oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ng pula mendakwa saya hendak publisiti murahan. Saya bukan nak publisiti tetapi ini kes rasuah, kita kena lawan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Manikavasagam hari ini membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kelang mengenai dakwaan berlakunya rasuah dalam syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).
Pagi tadi pemimpin PKR itu bertemu dan berbincang dengan Menteri Besar SelangorĀ  Tan Sri Khalid Ibrahim dan dikatakan menteri besar menyuruhnya membuat laporan polis berhubung dakwaan tersebut.
KSSB ditubuhkan oleh kerajaan di bawah pakatan rakyat bagi mempelopori industri pasir dan bahan batuan serta mineral lain secara bersepadu di Selangor.
Menurut ahli parlimen Kapar itu, beliau akan terus membongkar isu rasuah dan penyelewengan tanpa mengira fahaman politik.
“Kawasan Gobi (Gobalakrishnan) 1,700 ahli PKR keluar parti dan ada orang yang membuat ptotes di depan pejabatnya.
“Saya juga menerima aduan dan banyak juga yang saya tahu mengenai kawasan Sekinchan.
“Saya nasihatkan mereka berdua jangan ganggu kawasan saya, saya disokong oleh 12 ahli parlimen lain” katanya.

From → Politik

Comments are closed.

%d bloggers like this: