Skip to content

Piala Thomas: China dan Indonesia jadi pilihan

11/05/2010
Begitulah ramalan beberapa pegawai pasukan yang bertanding di Kuala Lumpur ini. China pilihan pertama dan Indonesia pilihan kedua.

Anehnya dari tiga pegawai yang ditemui tidak seorangpun menyebut Malaysia sekalipun bermain di depan penyokong sendiri.

Seorang pegawai India, Tasu memberitahu, “Lin Dan, Chen Long dan Bao Chu Lai begitu mantap. Sama juga dengan beregu mereka.

“Saya tidak percaya jika China tidak menang Piala Thomas. tiada yang boleh melawan mereka.”

Pendapat sama disuarakan oleh dua pegawai lagi masing-masing dari Jepun dan Poland.

Seorang penyokong Malaysia pula memberitahu, Malaysia hanya boleh layak ke separuh akhir.

“Hanya Chong Wei yang bagus. Yang lain sekejap bagus dan banyak masa tidak bagus. Paling terus dalam perseorangan. Siapa layak jadi pemain nombor 2.”

Malaysia yang menang percuma lawan Nigeria akan menentang Jepun jam 6 petang ini.

 

From → Sukan

Comments are closed.

%d bloggers like this: