Skip to content

Pensyarah Indonesia makin laku di Malaysia

11/05/2010

Jumlah pensyarah Indonesia di Malaysia makin meningkat seiring dengan bertambahnya jumlah universiti di negara itu.
“Ya memang jumlah pensyarah  Indonesia makin laris di Malaysia kerana industri pendidikan semakin berkembang dan bertambah, baik jumlah institusi pendidikan mahupun fakultinya,” kata Dr Riza Muhida, ketua ILRAM (Indonesian Lecturer and Researcher Association in Malaysia), di Kuala Lumpur.
Sementara tidak semua universitidi Malaysia menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantar. Hanya beberapa universiti di Kuala Lumpur menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantar. Banyak universiti gunakan bahasa Melayu jadi banyak peluang bagi pensyarah Indonesia, kata Dr Rida yang mengajar di Fakulti Teknik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Duta besar RI untuk Malaysia Da’i Bachtiar bertemu, berdialog dengan para pensyarah  dan peneliti Indonesia sekaligus mendukung terbentuknya ILRAM. Ada sekitar 100 pensyarah  dan peneliti Indonesia dari berbagai universiti di Malaysia berkumpul di KBRI.
“Contohnya di kampus saya, tahun 2007 ada 30 pensyarah  Indonesia dan kini sudah ada 40. Setiap tahun ada tiga atau empat pensyarah Indonesia baru masuk di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,” katanya.
ILRAM sendiri kini telah memiliki 80 anggota yang terdiri dari pensyarah dan peneliti warga Indonesia. Jumlah anggotanya akan bertambah menjadi 300 orang dari jumlah sekitar 500 warga Indonesia yang menjadi pensyarah dan peneliti di Malaysia,” katanya.
“Hari Khamis lalu  pensyarah warga Indonesia Dr Seca Gandaseca terpilih menjadi pensyarah  terbaik di UPM (Universiti Putra Malaysia). Sultan Selangor memberikan penghargaan kepada beliau. Sayang karena bukan warga Malaysia, dia tidak layak  untuk bersaing menjadi pensyarah  terbaik antara universiti  Malaysia mewakili kampusnya,” kata Rida.
Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebelum  ini juga memilih pensyarah Indonesia DR Irwandi Jaswir sebagai peneliti terbaik tahun 2009, mengalahkan pensyarah Malaysia. Bahkan mendapatkan anugerah sebagai saintis muda  Asia Pasifik mewakili kampusnya dan Malaysia.
Da’i Bachtiar mengatakan, sumbangan warga Indonesia kepada tanah airnya tidak harus berada di dalam negeri. Dari luar negeri pun warga Indonesia boleh menyumbangkan peranannya untuk kemajuan bangsa dan negara.
“Anda semua menjadi pensyarah, peneliti sekaligus duta bangsa dan rakyat Indonesia,” katanya. (ant )

From → Umum

Comments are closed.

%d bloggers like this: