Skip to content

Citrakala mengaku tidak bersalah

11/05/2010
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED), P. Citrakala Vasu hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan memperdayakan seorang pengarah yang diberi kuasa untuk menandatangani cek MIED berjumlah RM4 juta kononnya untuk membayar balik pinjaman tiga tahun lalu.
Citrakala, 39, dibebaskan dengan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 14 Jun ini.

Tuduhan itu dibuat selepas setahun siasatan selepas sayap pendidikan MIC itu membuat lapuran kepada polis dan suruhajaya pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) mengenai kehilangan wang dana berkenaan.

Beliau bagaimanapun, tidak mengakui bersalah di hadapan Hakim Azizah Mahmud.

Chitrakala yang memakai pakaian biru dan merah fesyen Punjabi kelihatan tenang sepanjang prosiding yang duduk di sebelah peguamnya Sashi Menon.

Mahkamah membenarkan jaminan RM30,000.

Semalam Pesuruhjaya Penyiasatan SPRM, Mustafar Ali, mengesahkan Chitrakala dipanggil ke ibu pejabat suruhanjaya di Putrajaya dan ditahan apabila beliau tiba jam 2.30 tengahari.

Beliau dilapurkan memberi keterangan sejam kepada pegawai SPRM.

Pada Januari lalu akhbar melapurkan seorang pegawai atasan MIED sedang disiasat oleh SPRM berhubung jenayah pecah amanah membabitkan RM4 juta.

Eksekutif itu disiasat ekoran lapuran kepada SPRM. Suruhanjaya itu kemudiannya melawat pejabat MIED dan mengambil dan dokumen berhubung dakwaan kesalahan tersebut.

Siasatan ke atas MIED berjalan berterusan dan Chitrakala telah mendedahkan amalan salah laku berhubung dana tersebut.

Beberapa lapuran polis, telah dibuat berhubung perkara itu termasuk oleh bekas ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk S. Sothinathan berhubung kehilangan dana MIED

Ehsan FMT

From → Politik

Comments are closed.

%d bloggers like this: