Skip to content

Tinjauan awal Sibu: BN akan menang

08/05/2010

Pilihanraya kecil Parlimen yang bermula hari ini dijangka tidak sesengit Hulu Selangor, begitulah pandangan ramai pengundi di tempat tersebut. Mereka memberikan BN peluang menang sebanyak 75 peratus, berdasarkan tinjauan secara umum.

Calon BN  Robert Lau Hui Yew, 45 tahun manakala calon DAP, Wong Ho Leng, 50 tahun. Calon bebas pula ialah Narawi Harun.
Pengundi memberikan sebab-sebab berikut:
1. Mereka percaya kepada kerajaan negeri BN
2. Pembangkang Sarawak tiada tokoh besar.
3. BN bawa pembangunan.
5. Di Sarawak hanya DAP yang kuat. PKR tidak mantap dan sering bermasalah. PAS hanya penumpang.

Ruben anak Tigi memberitahu”kamu ingat DAP dan PKR boleh majukan Sarawak kalau mereka menang.”
“Tidak boleh buat apa-apa. Kalau mereka menang, bukan orang Sarawak yang berkuasa, orang dari Semenanjung. Buat apa. Kami mahu orang Sarawak, orang Sibu.”

Rakannya, Opy berkata, orang Sarawak suka orang Sarawak, dan tidak yakin pemimpin dari luar negeri ini.
Katanya, orang negeri lain hanya mahu ambil kesempatan kerana Sarawak kaya raya.
“Ramai juga yang dengki kepada ketua menteri Taib Mahmud kerana sudah perintah Sarawak 30 tahun. Lama tak apa asal bagus.’

From → Politik

Comments are closed.

%d bloggers like this: