Skip to content

Piala Thomas-Uber, Indonesia turunkan pasukan terkuat

08/05/2010

 

Indonesia akan tampil dengan kekuatan penuh bertemu Australia pada pertandingan pertama peringkat kumpulan Piala Thomas dan Uber, esok.”(Soal pasukan yang akan turun) baru dibahas. Kalau jurulatih menghendaki pasukan terbaik walau bertemu Australia, ya tidak masalah mereka yang turun,” ujar pengurus pasukan Piala Thomas Indonesia, Yacob Rusdianto, di Kuala Lumpur.Baik pasukan Thomas mahupun Uber akan mengawali kejuaraan dunia beregu tersebut dengan sama-sama melawan Australia di Stadium Putra, Bukit Jalil, pukul 12.00 tengah hari.

Kerana bertanding siang, kemarin pasukan Indonesia hanya berlatih sekali. Mereka mendapat kesempatan mencuba gelanggang bertanding di Stadium Putra pada pukul 10.00–12.00 waktu tempatan.

“Setelah itu mereka berlatih di hotel bersama jurulatihnya,” ujar Ketua Bidang Pembinaan Prestasi PB PBSI Lius Pongoh.

Jauh-jauh hari para jurulatih sudah menyampaikan keinginan langsung menurunkan pasukan terkuat.

Dalam kejohanan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur itu, pasukanThomas Indonesia berada dalam kumpulan D bersama India dan Australia. Juara dan naib akan masuk suku akhir..

Selain diperkuat Taufik Hidayat, Sony Dwi Kuncoro, dan Simon Santoso yang sudah beberapa kali bermain dalam kejuaraan beregu, perseorangan juga membawa serta Dionysius Hayom Rumbaka yang merupakan kali pertama dalam Piala Thomas.

Rancangan menurunkan pasukan terkuat juga disampaikan jurulatih tunggal wanita Marleve Mainaky. Mantan pemain tunggal lelaki nasional itu cenderung menurunkan pemain sesuai dengan peringkat mereka yang tertinggi.

Menurutnya, dengan memasang pemain sesuai dengan peringkat, peluang meraih mata perseorangan kedua dan ketiga lebih besar.

Wanita Indonesia berada dalam kumpulan B bersama Denmark dan Australia. Susunan pasukan yang akan bertanding akan diumumkan empat jam menjelang pertandingan.

From → Sukan

Comments are closed.

%d bloggers like this: