Skip to content

Osama tinggal di Washington

06/05/2010

Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad membantah laporan bahwa Osama bin Laden (gambar) berada di Teheran. Ia menegaskan, pemimpin Al Qaeda itu, pada kenyataannya, tinggal di ibu kota Amerika Syarikat, Washington DC.

“Yakinlah bahwa dia berada di Washington. Saya rasa ada kemungkinan besar bahawa dia ada di sana,” kata pemimpin Iran itu kepada televisyen ABC dalam sebuah wawancara sebagaimana dipetik Telegraph, semalam.

Tanpa memberikan data, pemimpin Iran itu mengatakan bahwa dia mendengar Bin Laden tinggal di ibu kota AS. “Ya, saya yakin (benar). Dia ada di sana. Kerana dia sebelumnya merupakan rakan Bush,” katanya merujuk kepada mantan Presiden George W Bush.

“Pada kenyataannya, mereka adalah rakan di hari tua. Anda tahu itu. Mereka berniaga minyak. Mereka bekerjasama. Bin Laden tidak pernah bekerjasama dengan Iran, tetapi dia bekerja sama dengan Bush,” kata Ahmadinejad.

Beliau menambah, para pegawai AS, semestinya, tahu keberadaan pemimpin ekstremis Islam itu. “Pemerintah AS telah menceroboh Afganistan untuk menangkap Bin Laden. Mereka mungkin tahu di mana Bin Laden. Jika mereka tidak tahu, mengapa mereka menceroboh negara itu?” katanya.

“Pertama mereka harus mencuba untuk menemukan lokasi, lalu menyerang. Orang yang tidak tahu lokasinya, bagaimana mungkin lalu menceroboh suatu daerah dan kemudian mereka mencuba untuk mencari tahu dia di mana. Apakah itu logik?”…Kompas.com

From → Dunia

Comments are closed.

%d bloggers like this: