Skip to content

Messi perlu 5 gol untuk samai rekod Ronaldo

06/05/2010
Lionel Messi mendekati rekod gol milik legenda Brazil dan Barcelona, Ronaldo. Superstar Barcalona itu cuma memerlukan lima gol lagi untuk menyamai bintang Brazil itu.Ronaldo menjadi fenomena dengan menjaringkan 34 gol dalam 37 pertandingan pada saat La Liga diikuti 22 gola pasukan negara hanya dalam satu musim.
Penghargaan kasut  Emas Eropah pun berhak disandang pemain yang bergelar El Fenomeno. Sayang, prestasi itu belum menjadi jaminan baginya masuk skuad Samba ke Copa America.

Tidak jauh berbeda dengan Messi yang sudah menjaringkan 29 gol di 32 pertandingan La Liga. Dengan hanya berbaki tiga pertandingan, Messi memerlukan lima gol untuk menyamai rekod Ronaldo. Satu gol lagi Samuel Eto’o, Romario, dan Mariano Martin yang menjaringkan 30 gol buat Barcelona.

Jika Messi menyamai catatan Ronaldo, dia juga menyamai jumlah catatan gol El Fenomeno dalam satu musim, yakni 47 gol.

Ronaldo bermain dalam 49 pertandingan dan menjadikan Barca menjadi juara Copa del Rey dan Winners Cup.

Dia juga meraih gelarn Ballon d’Or dan FIFA World Player of the Year 1997.

Messi tidak terlalu fokus dengan rekod peribadi. Dia hanya ingin menjadikan Barca menjadi juara La Liga, setelah gagal di Liga Champions. Striker Argentina itu sudah menjaringkan enam gol sejak Januari lalu.

Messi menjaring tiga gol melawan Tenerife dan dua gol di pertandingan membenam Sevilla 4-0. Satu gol dijaringkan Messi melawan Valladolid pada bulan berikutnya. (DTC/O-1/L-1)

From → Sukan

Comments are closed.

%d bloggers like this: