Skip to content

Ketua DAP Sarawak mahu satu lawan satu dengan BN

06/05/2010

SIBU- Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng lebih gembira jika pertandingan  satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Parlimen Sibu 16 Mei ini.
Bagaimananapun, seorang petani berusia 60 tahun, Narawi Harun mungkin menjadi pengacau keranan belaiu telah mengambil borang pencalonan.
Wong yang bertemu pemberita selepas mengambil  borang pencalonan berkata: Ini demokrasi. “Kita tidak boleh menghalangnya dari bertanding walaupun saya mahu pertandingan satu lawan satu antara  DAP and BN.
Tetapi jika beliau juga tidak gembira jika orang ramai mahu bertaruh keputusan pilihanraya kecil tersebut.
“Ini tidak sihat, ia harus dihentikan. Orang ramai seharusnya tidak bertaruh dengan keputusan pilihanraya kecil tetapi mereka mengundi dengan bebas,” katanya seperti dilaporkan Bernama hari ini.
Selain Wong dan Narawi, calon BN Robert Lau Hui Yew, 48, dari Sarawak United People Party (SUPP) telah mengambil borang pencalonan pada hari Isnin lalu.
Narawi bertanding di parlimen itu pada tahun 1995 dan mendapat 975 undi ketika menentang mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang mewakili BN dan Wong Ho Leng dari  DAP.
“Saya yakin. Sebenarnya saya telah membuat persiapan untuk pilihanraya negeri tetapi saya bertanding dalam pilihanraya kecil yang datang ini,” kata  Narawi.
Dalam  pilihanraya negeri tahun 2006, Narawi menarik diri selepas menyerahkan borang pencalonan  kerusi negeri (DUN) Nangka.
“Saya menarik diri untuk memberi peluang kepada sepupu saya Abang Ariffin Abang Shebli dari PKR bertanding menentang Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah dari BN,” katanya.

From → Politik

Comments are closed.

%d bloggers like this: