Skip to content

PAS bersungguh-sungguh bantu DAP di Sibu

05/05/2010

PAS bersungguh-sungguh membantu DAP dalam pilihanraya kecil parlimen Sibu, 16 Mei ini, kata setiauasaha agung PAS, Datuk Mustapha Ali.
“DAP tahu PAS bersungguh-sungguh membantu mereka,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di ibu negara hari ini.
Bagaimanapun tokoh veteran PAS itu enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Ketika ditanya mengapa serangan-serangan kritikan banyak ditujukan kepada PAS sejak kebelakangan ini, pengarah pilihanraya PAS itu berkata,” Umno tahu pakatan rakyat khususnya PAS kuat.”
Beliau berkata demkian ketika diminta mengenai pendedahan oleh bekas pengurus besar korporat perbadanan menteri besar Kelantan Syed Azidi syed Abdul Aziz baru-baru ini.
Dalam blognya, Syed Azidi mendakwa beliau telah dibiayai RM4 juta untuk memburuk-burukkan kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi perdana menteri.
Bagaimanapun Mustapha, menafikan PAS tahu mengenai perkara tersebut dan menyifatkan Syed Azidi sebagai askar upahan politik.

From → Politik

Comments are closed.

%d bloggers like this: