Skip to content

Lima rakyat Malaysia ditangkap polis Taiwan

05/05/2010

Taiwan menangkap lima warga Malaysia yang berusaha menyeludupkan ubat-ubatan bernilai US2,5 juta dollar.

“Ini merupakan kes penyeludupan terbesar yang terjadi tahun ini,” kata pihak polis.

Dalam dua serbuan yang dilakukan semalam dini hari, tertuduh berjaya ditangkap. “Polis berhasil menyita 125 kilogram ubat jenis ketamin, bernilai sekitar 80 juta dollar Taiwan (US2,5 juta dollar),” kata polis.

Permintaan terhadap ubat jenis ketamin di Taiwan meningkat seiring dengan semakin tingginya penyalahgunaan ubat-ubatan ini untuk pembuatan dadah.

Kes dadah yang melibatkan remaja meningkat tinggi di Taiwan sehingga pihak pemerintah berusaha sekuat tenaga membendung peredaran ubat haram.

Polis bekerja sama dengan pejabat pendidikan berusaha keras mengatasi kes ini. Penjualan mahupun pengedaran secara haram ubat jenis kokain dan dadah diancam dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Sedangkan pelanggaran yang melibatkan ubat-ubatan seperti ketamin rendah, para pengedar dan pelaku bakal menerima hukuman penjara minima lima tahun. Kompas.com

From → Dunia

Comments are closed.

%d bloggers like this: