Skip to content

PPP mahu kerusi kabinet

03/05/2010
Parti Progresif Penduduk (PPP) nampaknya mahu satu kerusi kabinet bertaraf menteri dalam kerajaan BN pimpinan Najib Tun Razak. Hubungan PPP dengan BN suam-suam kuku sahaja.Sejak pilihanraya umum lalu, kedudukan PPP bagaikan melukut di tepi gantang. Presiden PPP, M Kayveas dilapurkan pernah mengeluarkan kenyataan parti itu mahu keluar dari BN jika tuntutannya tidak dipenuhi.

Bagaimanapun, tuntutannya tidak dipenuhi oleh BN. PPP cuma parti kecil sahaja jika dibandingkan dengan MIC.

Tetapi beliau yang kalah di parlimen Taiping itu tidak gembira jika PPP dibandingkan dengan IPF.

“Kami membuat kesilapan sebelum ini dan tidak akan membuat kesilapan lagi,” katanya.

“Pemimpin senior faham mengenai kedudukan parti ini,” tambahnya lagi.

Ketika ini PPP hanya mendapat satu kerusi melalui Senator Datuk T.Murugiah, yang menjadi timbalan menteri jabatan perdana menteri.

Sebelum ini PPP mendapat seorang jawatan timbalan menteri dan tiga orang senator.

From → Politik

Comments are closed.

%d bloggers like this: