Skip to content

Terbaru: Minyak duyung putih ditemui di Chowkit

02/05/2010

Dalam perkembangan terbaru, minyak duyung putih kini sudah ditemui di pasaran. Ia dikatakan menajdi buruan di kalangan lelaki kerana khasiatnya memikat wanita muda.
Dijual di Chowkit, minyak ini baru di pasaran. Mengikut penjualnya, harga minyak ini sekarang Cuma RM50.
Di masa yang lalu minyak air mata duyung memang terkenal di kalangan lelaki playboy. Gunanya ialah untuk memikat perempuan.
“Ambil Wel ini minyak asli. Tanya Man kalau nak tahu khasiatnya,” kata Andi kepada rakannya, Azman yang berdiri di sebelah.
Aku tersenyum mendengarnya. Orang ramai yang lalu lalang di depan gerai itu berlalu Cuma. Barangkali mereka masih belum tahu mengenainya.
Bila aku Tanya ambil dari mana, Andi ,menjawab,”baru ambil dari Indonesia, Wel. Ini barang baru.”
Aku kurang berminat tetapi berjanji membelinya di pasar Pudu hari ini.

From → Uncategorized

Comments are closed.

%d bloggers like this: