Skip to content

Abhisit sedia letak jawatan

28/04/2010

Krisis politik Thailand semakin buruk; seorang tentera terbunuh dan Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva bersedia untuk meletak jawatan jika dia menjadi punca kepada krisis ketidakstabilan politik negara itu.

Walaupun sedia meletakkan jawatan demi kepentingan negara, tapi masalah negara ini bukan hanya disebabkan politik.

Menuurt Bangkok Post, masalah yang wujud turut membabitkan pengganas serta kestabilan negara.

Kata beliau, Thailand memerlukan lebih daripada penyelesaian jangka pendek kerana masalah baru akan menggantikan masalah lama tanpa henti.

Perdana Menteri Thai itu turut berkata, tentera akan membuat keputusan sama ada untuk mengenakan undang-undang tentera bagi menyelesaikan perhimpunan penunjuk perasaan antikerajaan itu atau tidak.

“Apa pun, saya diberitahu, tentera tidak berminat untuk menyelesaikan masalah itu mengikut undang-undang tentera buat masa ini.

“Kita mesti menyelesaikan masalah sekaligus,” katanya.

From → Dunia

Comments are closed.

%d bloggers like this: