Skip to content

Jawapan Penduduk Hulu Selangor

27/04/2010

Ini adalah jawaban dari pengundi Hulu Selangor semasa kempen dari 17 April hingga hari mengundi 25 April. Tinjauan ini dibuat di Felda Sunai Tengi; Kg orang Asli Kg Tun Razak; pengundi Cina di Bandar kuala kubu baru; pengundi India di Rasa dan pengundi asal Kelantan di Batang Kali.

Siti,49.
“Siapa yang tolong kita masuk Felda. Takkan kita hendak lupa jasa mereka .”

Tan, 54 tahun.
“Pengundi Cina akan swing kali ini. Mereka tidak beritahu tetapi mereka marah pemimpin itu.”

Salbiah, 44.
“Sukalah. Lebih baik sikitlah dari dulu. Kita dapat sama dengan orang Melayu.”

Kumar,28.
“Mahu undi orang itulah. Banyak hensemlah itu orang.”

Nik Jah, 54.
“Ore tu lah, hak mane lagi. Ore lain bolah. “
Adakah anda terkejut dengan keputusan pilihanraya ini? Benarkah kata Najib pengundi telah kembali menyokong BN?
Atau anda percaya dengan kata Zaid kempen pengundian paling kotor dan jahat?

From → Politik

Comments are closed.

%d bloggers like this: