Skip to content

Taubatlah, Rahma!

Front Pembela Islam (FPI) merancang mendatangi kediaman artis Rahma Azhari, 28 tahun, berkaitan dengan adegan yang dilakoninya dalam film ‘Rayuan Arwah Penasaran’.Ketua DPD FPI DKI Jakarta Habib Salim Alatas mengatakan, organisasinya menerima laporan dari masyarakat mengenai trailer filem Rahma yang beredar di internet mengandung unsur pornografi.

“Masyarakat resah dengan adegan ciuman di ranjang dalam filem itu,” ujar Habib ditemui di Tebet, Senin kemarin.

Maksud FPI mendatangi kediaman adik Ayu Azhari hanya untuk memintanya bertaubat. “Cari duit kan tidak harus buka aurat,” ujarnya.

Rumah produksi yang membuat filem tersebut juga diminta FPI untuk bertaubat dengan tidak lagi menampilkan adegan yang mengandung unsur pornografi.

Habib Salim hairan dan menyayangkan perilaku Rahma mahu melakoni adegan ciuman di ranjang yang bukan muhrimnya. Belum lagi dengan setiap kesempatan main filem dia kerap membuka aurat.

“Kenapa dia mau buka aurat seperti Jupe. Taubat lah,” katanya mengingatkan.

Nenek Turinah yang mengaku berumur 157 tahun

Dua pekan terakhir hampir di tiap kabupaten di Sumatera Selatan ditemukan nenek atau kakak berusia lebih dari satu abad. Kali ini, hasil bancian di Kabupaten OKU Timur, ditemukan seorang nenek berusia lebih dari 1,5 abad. Tepatnya 157 tahun. Demikian informasi yang didapat wartawan Sriwijaya Post dari Kepala BPS OKU Timur, Ir Jhoni Sardjono.

Menurut Jhoni Sardjono, bancian penduduk dilakukan BPS OKU Timur sejak 20 April 2010 lalu. “Boleh jadi dia (Turinah) itu bukan saja tertua di OKU Timur namun juga tertua di Sumatera,” tegasnya.

Menurut Jhoni, sehari-hari Turinah tetap menjalani kegiatannya dengan bersosial bersama warga sekitar, memasak, merumput di pekarangan rumah dan berbelanja di warung terdekat.

“Sayangnya tidak ada bukti otentik yang dapat membuktikan, namun dari keterangan yang bersangkutan ditambah dengan informasi dari pihak keluarga, dia lahir tahun 1853 lalu,” katanya.

Menurut Jhoni masih di Desa Tanjung Mas ada juga warga yang berusia 108 tahun. “Dulu yang mengasuhnya ketika masih bayi. Adalah Turinah ini,” jelas Jhoni.

Kupas Bawang Ketika Sripo menyambangi kediamannya di Desa Tanjung Mas RT 001/01, Kecamatan Buay Madang Timur, nenek Turinah sedang sibuk mengupas bawang dan memetik sayur untuk dimasak. Meski umurnya telah senja, namun pendengaran Turinah masih normal. Terbukti dia dengan spontan menjawab dengan lantang salam dari wartawan Sriwijaya Post.

“Waalaikum salam,” ucapnya.

Di dampingi menantunya, Muhammad Kodir (40), Turinah mengaku lahir di Jember tahun 1853 sebelum menetap di Desa Tanjung Mas tempat tinggalnya sekarang ini. Sudah tidak terhitung berapa kali nenek yang mengaku hidup di lima zaman, berpindah tempat tinggal.

“Waktu penjajahan Belanda itu aku masih gadis. Pindah ke sini ikut orang tua berpindah,” tambahnya.

Pada masa penjajahan Belanda itu juga dia sempat bekerja di Kebun Teh Gunung Dempo Pagaralam. Selain itu juga sempat menetap di Bandingagung, Muaradua, OKU Selatan dan daerah Muaraenim.

“Kerana terus dikejar oleh Belanda. aku bersama dengan pejuang lainnya termasuk Dr AK Gani sempat sembunyi di Bandingagung Ranau, ke sananya jalan kaki selama satu hari satu malam,” jelasnya.

Kerana kerap berpindah tempat itu juga tidak hairan jika nenek tua ini menguasai sejumlah adat istiadat setempat termasuk bahasa daerah. Seperti bahasa Ogan, Semende (Muaraenim), Lahat, Pagaralam, Belanda dan Jepang.

Di masa penjajahan Jepang. Turinah mengaku aktif di dapur umum membantu sejumlah pejuang gerila. Namun sayangnya ketika pecah G30S PKI pada tahun 1965. Sejumlah dokumen tentang dirinya itu dibakar karena alasan takut terlibat dalam G/30 S PKI.

“Ketika ada datang petugas yang mendata veteran. Aku tidak boleh tunjukan sebab semua dokumen itu telah dibakar semuanya,” jelasnya. (hr)

Serangan Israel: Rakyat protes

Rakyat Malaysia daripada pelbagai sektor hari ini bersatu untuk menyatakan keberangan mereka terhadap tindakan rejim Israel yang menyerang flotila keamanan yang membawa bantuan kemanusian ke Gaza, awal pagi semalam.

Berhimpun di luar Kedutaan Amerika Syarikat, kira-kira 500 NGO Melayu membakar gambar Presiden Israel, Benjamin Netanyahu sebelum menyerahkan memorandum kepada perwakilan kedutaan itu.

Pada serangan ke atas kapal Mavi Marmara yang turut membawa 12 rakyat Malaysia itu, sekurang-kurangnya 20 aktivitis pro Palestin dibunuh manakala puluhan lagi cedera.

Kapal itu dan penumpangnya yang ditawan itu kemudiannya dibawa ke Haifa untuk dipenjarakan.

Di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Jalan Dungun, Kuala Lumpur, lebih 50 ahli Pemuda Barisan Nasional membawa sepanduk menyatakan kemarahan mereka.

Mereka juga memijak sebelum membakar bendera Israel sebelum menyerahkan memorandum yang mengecam tindakan Yahudi itu kepada penyelaras PBB di Malaysia, Kamal Malholtra.

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin yang menyerahkan memonrandum dua muka surat itu berkata PBB perlu melaksanakan sekatan perdagangan terhadap Israel kerana sering-kali mencabuli undang-undang antarabangsa.

Kami menggesa ahli-ahli Majlis Keselamatan, – Amerika Syarikat, United Kingdom, Rusia, China dan Perancis tidak menggunakan kuasa veto mereka untuk menghalang sebarang tindakan yang bakal diambil ke atas Israel,” katanya kepada wartawan.

Khairy juga menggesa Amerika Syarikat agar tidak bersekongkol dengan Israel kerana “dunia telah menyaksikan kekejaman mereka menyerang tanpa sebarang sebab di perairan antarabangsa”.

ehsan Malaysiakini

Britain ingin ambil peranan utama kewangan syariah

Britain bersedia menjadi peranan utama di sektor kewangan syariah. Tekad tersebut disampaikan oleh salah satu keluarga kerajaan Britain, Putera Andrew, ketika berkunjung ke Malaysia.
”Britain telah menjadi pusat kewangan syariah terbesar di dunia Barat dan menjadi yang kelapan di seluruh dunia,” kata Duta Khusus Urusan Perdagangan dan pelaburan antarabangsa Britain seperti dilaporkan Khaleej Timesa.
Pada Mac lalu Britain membentuk Sekretariat Kewangan Syariah (IFS) di London. Badan tersebut bertujuan untuk mempromosikan dan mengelola pengembangan kewangan syariah di Britain. Ia menambah, IFS akan berusaha membangun 22 bank Islam yang beroperasi di London.
Selain itu, sekurang-kurangnya 20 sukuk telah diterbitkan dan masuk ke London Stock Exchange dengan jumlah dana sebesar 11bilion dolar AS. Sementara sekitar 20 firma undang-undang di London pun turut serta menyediakan khimat berkaitan  kewangan syariah. Putera Andrew menjelaskan, dua bank Britain terkemuka, iaitu HSBC dan Standard Chartered, juga telah beroperasi di Malaysia.
Dengan demikian, lanjutnya, dua bank tersebut memiliki akses langsung ke salah satu pasaran terkemuka di dunia kewangan Islam. Potensi pasaran kewangan syariah sangat besar.
Menurut Standard & Poor’s Services, aset kewangan syariah mencapai 400 juta dolar AS pada 2009. Jumlah tersebut cukup signifikan bagi tahun yang sukar bagi ekonomi global.
”Dengan keadaan ekonomi yang terus membaik harus ada ruang untuk pertumbuhan be di masa depan,” ujar Putera Andrew.

Ibrahimovic sertai liga Inggeris

Agen penyerang Barcelona, Zlatan Ibrahimovic, Mino Raiola, mengatakan, tidak tertutup kemungkinan penyerang itu menyertai liga perdana Inggeris. Hal ini membuat Manchester City dan Chelsea pasang  impian  penawaran kepada Barcelona.
Ibra menyertai  Barcelona dari Inter Milan pada akhir musim lalu. Untuk mendapatkannya, Barcelona memberikan paket wang dan Samuel Eto’o. Nilainya mencapai 60 juta pound sterling.
Sayangnya, nilai besar itu tidak seimbang dengan konsistensi dan persembahan kurang memuaskan. Sepanjang 2009-2010, Ibra menjaring 21 gol dari 44 penampilan.
Menurut media-media Sepanyol, Barcelona menunjukkan ketidakpuasannya terhadap Ibra dengan mengambil penyerang David Villa dari Valencia baru-baru ini.
Villa punya potensi beraksi lebih baik  dari Ibra. Pasalnya, sejumlah pemain kunci  Barcelona, misalnya Xavi Hernandez dan Andres Iniesta, merupakan rakan dalam pasukan kebangsaan  Sepanyol.
Dengan begitu, kehadiran Villa jelas merupakan ancaman bagi Ibrahimovic. Menurut media-media Sepanyol, Raiola bahkan sudah meminta Barcelona melepaskan Ibra.
“Ibrahimovic tak pernah berfikir bahwa Barca akan menjadi kelab terakhirnya. Ia seperti (jurulatih Real Madrid, Jose) Mourinho dan bila anda boleh memenangi segalanya bersama Barca, anda memerlukan tentantang baru (di kelab lain),” kata Raiola.
“Bola sepak Inggeris mungkin masuk hitungan kerana itu merupakan ujian besar (buat Ibra). Segalanya bergantung kepada (Barcelona),” ujarnya.
Seandainya Barcelona setuju melepaskan Ibra, kelab mana pun yang menginginkannya harus menyiapkan anggaran minima 46 juta euro. (DM)

Gempa landa kepulauan Andaman

Gempa berkekuatan 6,4 skala richter telah melanda bahagian timur kepulauan Andaman di India dan memberi  peringatan tsunami, Survei Geologi AS dan Pusat Peringatan Tsunami Pasifik melaporkan.
USGS mengatakan, gempa itu melanda pada Selasa pukul 1.21 waktu tempatan, 120 Km di timur Port Blair pada kedalaman 79,4 mil (127,7Km).
“Gempa bumi seukuran ini kadang-kadang menimbulkan tsunami yang dapat merosak sepanjang pantai berada dalam beberapa ratus kilomter dari pusat gempa,” kata pusat peringatan tsunami.

Dunia protes Israel

Ribuan demonstrasi  turun ke jalan di Eropah dan Timur Tengah sebagai protes atas serbuan tentera laut  Israel terhadap armada bantuan kemanusiaan untuk Gaza yang mengorbankan sembilan aktivis.
Di  beberapa tempat, aksi demonstrasi itu diwarnai halangan polis. Di Palestin, beberapa orang cedera kerana terkena tembakan tentera Israel.
Di Athen  sekitar 3.500 demonstrasi  berkumpul di luar Kedutaan Israel. Mereka meneriakkan yel-yel “Jangan Ganggu Gaza” dan “Bebaskan Palestina”. Ratusan demonstrasi  berdepan  dengan polis ketika mereka melemparkan potongan marmer, batu, dan botol.
Polis menembakkan gas air mata untuk menyuraikan  mereka. “Demonstrasi  membentuk halangan api, polis lalu mengejar mereka. Ada banyak batu dan gas air mata dan beberapa orang terluka kepalanya,” kata seorang saksi kepada Reuters.
Saksi itu menambahkan, ia melihat empat orang luka-luka. Polis mengatakan, mereka menahan lima penunjuk perasaan.
Aksi tentera laut Israel di timur Laut Tengah itu juga telah menimbulkan protes dan kemarahan pemerintah Turki. Ribuan pengikut ulama anti-AS di Baghdad, Iraq, juga turun ke jalan.
Di Paris, polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata ketika sekitar 2.000 orang tunjuk perasaan dekat Kedutaan Israel. Mereka melemparkan batu, melambaikan bendera Palestin dan Turki, serta mengibarkan sepanduk yang berbunyi “Hidup Palestin” dan “Israel Penjahat”.
Sekelompok kecil demonstrasi anti-Israel mengadakan tunjuk perasaan damai di Rom dan kota-kota di Itali lainnya. “Pemerintah Itali perlu segera memanggil kembali duta besarnya dari Israel sebagaimana negara-negara Eropah lainnya melakukannya,” kata Paolo Cento, seorang ahli politik sayap kiri yang berada di antara penujuk perasaan.
“Ini sangat serius dan tidak memiliki preseden apa pun dalam sejarah diplomasi antarabangsa.”
Polisi Sweden mengatakan, lebih dari 5.000 penunjuk perasaan berbaris dari sebuah laluan di Stockholm menuju Kedutaan Israel. Mereka membawa sepanduk dan meneriakkan slogan-slogan. Mereka berteriak “boikot Israel” serta membawa  sepanduk bertulis “Bebaskan Gaza”, “Seret Israel ke Pengadilan”, “Bawa Israel ke Den Haag (lokasi mahkamah antarabangsa)”, dan “Gaza Berdarah”.
Negara-negara Arab menyebut serbuan Israel terhadap kapal bantuan tujuan Gaza sebagai “kejahatan” dan “terorisme negara”. Dunia Arab juga menyeru agar PBB menuntut pertanggungjawaban negara Yahudi itu atas serbuan terhadap konvoi kapal misi flottilla ke Gaza.
“Kami mengutuk kejahatan ini yang dilakukan terhadap misi kemanusiaan dan orang-orangnya. Mereka ingin menolong sesama manusia, mereka bukan misi tentera. Semua pihak perlumengutuk hal ini,” kata ketua Liga Arab Amr Mussa kepada AFP.
Mussa mengatakan, aksi Israel itu mengakibatkan “segala-galanya” menjadi “di awang-awang”, termasuk pembincangan yang baru saja dimulai sejak 9 Mei antara Israel dan Palestin.
“Ini menunjukkan bahwa Israel tidak menginginkan perdamaian, Israel belum siap menuju perdamaian,” kata Mussa di  Forum Ekonomi Dunia di Doha.
“Mengakhiri pengepungan (Gaza) harus menjadi bahagian dari usaha membangun rasa saling percaya dan menjadi bahagian dari persiapan menuju babak perundingan yang berhasil,” kata Mussa.
Dewan Liga Arab pada hari ini akan melakukan pertemuan untuk membicarakan tindakan Israel tersebut. “Kami semua sangat marah. hari ini (saat pertemuan Liga Arab), akan ada sikap kolektif.”
Presiden Mesir Hosni Mubarak menyebut penyerbuan itu sebagai penggunaan “kekuatan secara berlebihan dan tidak dapat dibenarkan” dan Duta besar Israel dipanggil menteri luar negeri Mesir mengenai masalah tersebut.
Jordan, yang juga mempunyai pernjanjian perdamaian dengan Israel, mengirim nota protes terhadap perwakilan Israel. Menteri Penerangan Jordan, Nabil Sharif, menyebut aksi itu “kejahatan yang sangat keji.”
Sementara itu, seperti dilaporkan SANA, di Damascus, Presiden Syria Bashar al-Assad dan Perdana Menteri Lebanon, Saad Hariri menyebut aksi itu “kejahatan yang sangat keji” menyebut tindakan Israel “menciptakan ancaman perang di Timur Tengah yang akibatnya tidak hanya di wilayah ini.”
Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dalam kenyataannya menyebut bahwa tindakan itu adalah “terorisme negara” dan Sekjen GCC Abdul Rahman al-Attiya meminta dunia internasional untuk “memburu orang-orang Israel yang ada di balik kejahatan ini, sehingga mereka boleh diseret ke Mahkamah Jenayah Internasional.”
Emir Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa al-Thani mengutuk tindakan Israel dan menyebutnya sebagai “tindakan kejahatan”.
Kuwait, yang 16 warganya ada di atas kapal tersebut, meminta anggota tetap majlis keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu({PBB)  menekan Israel demi memastikan bahawa warganya selamat.
Emirayah  Arab Bersatu (UAE) menyebut tindakan  Israel “agresi kaum barbar” sedangkan perdana Menteri Bahrain Sheikh Khalifa bin Salman al-Khalifa menyatakan serbuan Israel “tindakan  keji kaum barbar”
Di Kuala Lumpur tunjuk perasaan membantah kekejaman Israel diadakan di depan kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak yang dihadiri oleh orang ramai dari pelbagai pihak.
Berhimpun di luar Kedutaan Amerika Syarikat, kira-kira 500 NGO Melayu membakar gambar Presiden Israel, Benjamin Netanyahu sebelum menyerahkan memorandum kepada perwakilan kedutaan itu.
Tunjuk perasaan sama diadakan oleh Pemuda Barisan Nasiional (BN) di Jalan Dungun, Damansara yang dihadiri kira-kira 50 orang.
Enam belas rakyat Malaysia dilaporkan turut serta dalam konvoi tersebut. Sehingga kini nasib mereka belum diketahui.
* Noorazman Mohd Samsuddin, HaluanPalestin
* Dr Mohd Arbai’e Syawal, Haluanalestin
* Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad, HaluanPalestin
* Al-Hami Husain Suhaimi, HaluanPalestin
* Mohd Nizam Mohd Awang, HaluanPalestin
* Hasanuddin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
* Jamuliddin Elias, Yayasan Amal
* Dr Selamat Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
* Abdul Halim Mohd Redzuan, Muslim Care
* Mustafa Mansur, Mapim
* Ashwad Ismail, wartawan Astro
* Shamsul Kamal Latif, jurukamera Astro